PERBEZAAN
ANTARA ISTILAH “REMAJA” DAN ISTILAH “BELIA” PADA PANDANGAN AHLI PSIKOLOGI BARAT
DAN TIMUR
Perbezaan antara remaja dan belia adalah jarang sekali
dikupas kerana kedua istilah ini memberikan gambaran yang kabur dan tidak jelas
terutama apabila berlakunya perbezaan dan pertindihan tafsiran umur antara
remaja dan belia. Malah pertindanan juga berlaku pada tingkahlaku dan gaya
berfikir. Kematangan akal, nilai, akhlak dan tindakan lebih menjurus kepada
proses pendidikan dan pentarbiyahan berbanding tempoh usia. Sebagai contoh,
kita boleh melihat remaja yang berusia 15 tahun lebih matang gaya berfikir,
petah bercakap, matang dalam tindakan berbanding belia yang berusia 20 tahun.
Pihak psikologi perkembangan manusia sama ada dari barat
dan timur, tidak sepakat dalam memberikan perbezaan antara remaja dan belia.
Perbezaan mereka adalah kecil sahaja dari sudut biologi, sosiologi dan
psikologi.
Secara umumnya perbezaan remaja dan belia adalah seperti
berikut:

** Untuk memudahkan perbincangan seterusnya, perkataan
golongan muda lebih dirujuk kepada gabungan antara golongan remaja dan golongan
belia.
HAD
UMUR GOLONGAN MUDA
Penetapan had umur golongan muda berbeza-beza antara
badan dunia dengan pelbagai negara.
Pada peringkat dunia (Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu), golongan muda belia adalah antara umur 15 hingga 24 tahun.
Pada peringkat Komanwel, golongan muda adalah
antara 15 hingga 30 tahun.
Contoh:
·
Bangladesh : 15 hingga 30 tahun
·
Brunei : 15 hingga 35 tahun
·
India : 15 hingga 34
tahun
·
Hongkong : 10 hingga 24 tahun
·
Pakistan : 18 hingga 30 tahun
·
Singapura : 15 hingga 30 tahun
·
Sri Lanka : 15 hingga 29 tahun
Pada pandangan Bank Dunia, golongan muda adalah
antara 15 hingga 25 tahun.
Pada pandangan Malaysia (Dasar Pembangunan
Belia Nasional[1]),
golongan muda adalah antara 15 hingga 40 tahun.
Perbezaan ketara pada tahap umur belia di Malaysia
kerana penafsiran belia mengikut takrifan Majlis Belia Malaysia ialah golongan
yang sudah mencapai taraf matang yang memuaskan dan dapat menerima manfaat
maksimum daripada rancangan-rancangan dan program-program yang disusun.
Untuk mempermudahkan perbincangan kita
seterusnya, kita akan menggunakan istilah Golongan Muda yang merujuk
kepada Golongan Belia dan Remaja. Kita juga akan menggunakan umur
golongan muda berdasarkan umur yang menjadi dasar negara iaitu menepati Dasar
Pembangunan Belia Nasional antara umur 15 hingga 40 tahun.
KEPENTINGAN DAN PERANAN GENERASI MUDA PADA UMAT
Generasi muda yang sempurna dilihat sebagai
seorang atau sekumpulan yang mempunyai idealisme, mahu melihat perubahan dan
pembaharuan segera untuk mencapai satu keadaan yang lebih sempurna.
Belia juga dilihat sebagai seorang atau
sekelompok yang mempunyai banyak kudrat dan tenaga, mempunyai cita-cita yang
tinggi, mampu mencapai taraf kematangan nilai diri, bersedia membangunkan idea
yang besar dan praktikal dalam mencorak perjalanan diri sendiri, keluarga dan
masyarakat serta negara.
Dasar Pembangunan Negara telah meletakkan
beberapa peranan belia. Antaranya ialah:
1.
Menjadikan belia sebagai tunggak harapan bangsa dan tiang seri negara.
2.
Meletakkan belia sebagai tunggak kemajuan negara untuk menyahut cabaran
kemajuan wawasan 2020 dengan nilai keperibadian yang tinggi dan melaksanakan
kepemimpinan yang mantap,
3.
Membina kemampuan belia membangunkan ekonomi dan negara ke satu mercu yang
tinggi dan bermaruah dengan keterampilan tinggi dalam dunia pekerjaan, kerjaya
dan keusahawanan tanpa perlu mengharapkan tongkat daripada kerajaan.
4.
Memperkasakan kemampuan membina kepemimpinan negara yang matang dalam erti
dan nilai yang sebenar, bersiap siaga mengamalkan amal makruf dan nahi mungkar,
bersedia mempersiapkan pewaris kepemimpinan bermula dari peringkat sekolah
sehingga ke peringkat universiti. Memfokuskan kepada pembangunan potensi
kepemimpinan melebihi keterbatasan aliran pemikiran politik yang sempit dan
berbentuk kekitaan.
5.
Menyedari betapa mahalnya nilai perpaduan ummah, nilai bertoleransi tanpa
menggadai maruah bangsa dan agama, memahami konsep perselisihan pendapat,
memahirkan diri mengurus perubahan dan perbezaan yang wujud dan mengamalkan
konsep bermesyuarat dan bermusyawarah dalam menangani pelbagai isu semasa dan
isu perkauman yang rumit dan sensitif.
No comments:
Post a Comment