Sunday, 1 November 2015

Strategic Decision Making & Problem Solving For Organisation (STEP Your Organization)



OBJEKTIF, MATLAMAT dan MANFAAT PROGRAM
2.1   Mendedahkan kepada para peserta bahawa untuk menjadi pekerja yang berprestasi tinggi, kebolehan menguasai ilmu membuat keputusan, menyelesai masalah, pemikiran berstrategi dan perancangan berstrategi adalah perlu dikuasai dan dihayati serta diamalkan.
2.2   Melatih para peserta memahami apa yang tersurat dan tersirat pada setiap kaedah yang diperkenalkan.
2.3  Memberi keyakinan kepada para peserta untuk bersedia dan berani membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang timbul di sekitar tempat kerja dan dalam skop kerja yang diberikan.
2.4  Memperteguhkan proses dan struktur berfikir dan struktur bertindak.
2.5  Mengajak para peserta mendalami sirah para sahabat Rasulullah dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
2.6  Mengajak para peserta berani membina kaedah membuat keputusan sendiri hasil pemerhatian dan gabungan cara membuat keputusan yang sedia ada dari jaluran ilmu barat dan ilmu Islam.

  PENGISIAN PROGRAM
3.1              Memahami asas pemikiran berstrategi dan kaedah memperkasakannya.
3.2              Memperluaskan ufuk pemikiran pada perancangan berstrategi dan kaedah memperteguhkannya.
3.3              Menyelami ibrah dan pengalaman berdasarkan kajian sejarah islam dan sejarah zaman terdahulu.
3.4              Membuat persiapan diri menjadi pembuat keputusan yang cemerlang dan agen penyelesai masalah yang disegani.
3.5              Memahami dan menyelami 20-30 kaedah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan teori, praktikal dan apa yang tersurat dan tersirat.
3.6              Mengambil ibrah dan pengajaran daripada kaedah-kaedah yang diperkenalkan.
3.7              Menghayati hakikat keputusan yang baik berdasarkan kehebatan kerja pasukan dan bukan kerja individu.

Perkasakan Teknik Belajar Berasaskan Kekuatan Personaliti Diri.



A)     Untuk Anak Anak Sekolah Rendah dan Menengah.
Tahun 5 dan 6 untuk Sekolah Rendah
Tingkatan 1 hingga 5 untuk Sekolah Menengah
Cadangan  program:
1.       Perkasakan Teknik Belajar Berasaskan Kekuatan Personaliti Diri.
a.       Tempoh:  4 jam
b.      Objektif  program:
                                                               i.      Mengajak para belajar mengenali kekuatan dan kelemahan diri berpandu potensi yang Allah sudah aturkan kepada mereka.
                                                             ii.      Mendidik para pelajar berkomunikasi, berhubung  dan berkawan dengan insan sekeliling berpandukan kepada potensi yang sedia ada.
                                                            iii.      Mengajak para peserta mensyukuri kekuatan dan kelemahan yang Allah anugerahkan kepada mereka. Mereka memperkasakan kekuatan potensi yang ada. Kelemahan diri bukannya sesuatu kelemahan. Ianya boleh ditukar kepada kekuatan dengan berkolaborasi dengan potensi orang lain.
                                                           iv.      Membina proses pembelajaran berkesan mengikut kesesuaian diri sendiri dan bukan kesesuaian orang lain.

c.       Metodologi pembelajaran:
                                                               i.      Perbincangan
                                                             ii.      Video
                                                            iii.      Permainan

d.      Keperluan:
                                                               i.      Whiteboard
                                                             ii.      Markerpen
                                                            iii.      LCD projector
                                                           iv.      Kertas Mahjong
                                                             v.      Kertas A 4.

Strategic Idea Mapping (SIM Your Mind)



MATLAMAT PROGRAM:
1.     Membentuk kakitangan yang berdaya kreatif, konstruktif dan kritikal yang mampu meningkatkan keupayaan kuasa minda dalam penjanaan idea, analisis dan penyelesaian masalah serta cabaran semasa.
2.     Mengimbangi penggunaan otak kanan dan otak kiri secara optimum dengan memahami setiap fungsi otak.
3.     Menggali dan memekar 10 kecerdikan potensi setiap kakitangan (10 Multiples Intelligence).
4.     Mengurangkan penggunaan kertas (paperless) dalam tugasan yang memerlukan proses dokumentasi.
5.     Membina budaya kecindan dan memantapkan keinginan meneroka dengan keunikan penggunaan warna, simbol, gambar, imaginasi dan perkaitan.
6.     Mendedahkan aplikasi yang praktikal penggunaan pemetaan minda di pejabat ketika proses sumbang-saran, perancangan, pengucapan awam, persembahan, komunikasi, temuduga, minit mesyuarat, laporan, pengurusan masa dan penilaian pencapaian (performance evaluation).
7.     Kemahiran pemetaan minda mampu meningkatkan keberkesanan, kelicinan dan juga penggunaan masa dan tenaga secara ekonomi.

Kerja Berpasukan Secara Islami dan Berefikasi



3.      PENGISIAN PROGRAM
3.1     Memahami konsep kerja pasukan berefikasi bermula dengan kefahaman tentang halatuju perjuangan kerja pasukan, peranan individu dan kumpulan, proses pengurusan kerja pasukan dan pemantapan hubungan dalaman dan luaran antara ahli.
3.2     Memahami makna kerja berpasukan secara meluas dari kaca mata barat, timur dan kaca mata Islam.
3.3     Mendasari bagaimana menguruskan konfliks, stres, individu bermasalah, cabaran masa  dan perkara luar jangka yang sentiasa wujud dalam kerja berpasukan.
3.4     Mengumpul jangkaan cabaran dan rintangan yang akan muncul dalam membuat perancangan sebelum, semasa dan selepas sesuatu pasukan ditubuhkan dan digerakkan.
3.5     Memahirkan diri dalam melakukan “debriefing” pada setiap program fizikal yang mampu menyedarkan para peserta supaya sentiasa menajamkan gergaji diri secara praktikal.

4.      FORMAT LATIHAN
4.1        Program latihan ini akan berlangsung selama 2 hari.
4.2        Peserta akan dipecahkan pada  kumpulan kecil saling bertukar.
4.3        Intipati modul setiap fasa/sesi boleh diubah suai mengikut keperluan mendesak mana-mana kumpulan tertentu.



5.      METODOLOGI LATIHAN (mengikut kesesuaian program)
·        

6.      KANDUNGAN KURSUS



Perincian


Konsep Kerja Pasukan Pada Pandangan Barat, Timur dan Islam.


Bagaimana membentuk Kerja Pasukan Yang Mantap dan Berefikasi.


Menguruskan Stres, Konflik, Risiko dan Urgensi (SKRU EMOSI) Dalam Kerja Pasukan.


Cabaran, Dugaan dan Peluang Dalam Kerja Pasukan Yang Mantap.


Debriefing aktiviti fizikal yang dijalankan.





7.      KOS LATIHAN/SEBUT HARGA
Kos latihan/sebut harga perkhidmatan dan pengendalian kursus
Ianya meliputi
·         Program 
·     
·         Kehadiran 2 orang trainer (certified trainer oleh PSMB/HRDF)