MATLAMAT PROGRAM:
1.
Membentuk kakitangan yang berdaya kreatif,
konstruktif dan kritikal yang mampu meningkatkan keupayaan kuasa minda dalam
penjanaan idea, analisis dan penyelesaian masalah serta cabaran semasa.
2.
Mengimbangi penggunaan otak kanan dan
otak kiri secara optimum dengan memahami setiap fungsi otak.
3.
Menggali dan memekar 10 kecerdikan
potensi setiap kakitangan (10 Multiples Intelligence).
4.
Mengurangkan penggunaan kertas (paperless)
dalam tugasan yang memerlukan proses dokumentasi.
5.
Membina budaya kecindan dan memantapkan
keinginan meneroka dengan keunikan penggunaan warna, simbol, gambar, imaginasi
dan perkaitan.
6.
Mendedahkan aplikasi yang praktikal
penggunaan pemetaan minda di pejabat ketika proses sumbang-saran, perancangan,
pengucapan awam, persembahan, komunikasi, temuduga, minit mesyuarat, laporan,
pengurusan masa dan penilaian pencapaian (performance evaluation).
7.
Kemahiran pemetaan minda mampu
meningkatkan keberkesanan, kelicinan dan juga penggunaan masa dan tenaga secara
ekonomi.
No comments:
Post a Comment