OBJEKTIF, MATLAMAT dan MANFAAT PROGRAM
2.1 Mendedahkan
kepada para peserta bahawa untuk menjadi pekerja yang berprestasi tinggi,
kebolehan menguasai ilmu membuat keputusan, menyelesai masalah, pemikiran
berstrategi dan perancangan berstrategi adalah perlu dikuasai dan dihayati
serta diamalkan.
2.2 Melatih para peserta memahami apa
yang tersurat dan tersirat pada setiap kaedah yang diperkenalkan.
2.3 Memberi keyakinan kepada para peserta untuk bersedia dan berani membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah yang timbul di sekitar tempat kerja dan
dalam skop kerja yang diberikan.
2.4 Memperteguhkan proses dan struktur berfikir dan struktur bertindak.
2.5 Mengajak para peserta mendalami sirah para sahabat Rasulullah dalam
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
2.6 Mengajak para peserta berani membina kaedah membuat keputusan sendiri
hasil pemerhatian dan gabungan cara membuat keputusan yang sedia ada dari
jaluran ilmu barat dan ilmu Islam.
PENGISIAN
PROGRAM
3.1
Memahami asas
pemikiran berstrategi dan kaedah memperkasakannya.
3.2
Memperluaskan ufuk
pemikiran pada perancangan berstrategi dan kaedah memperteguhkannya.
3.3
Menyelami ibrah dan
pengalaman berdasarkan kajian sejarah islam dan sejarah zaman terdahulu.
3.4
Membuat persiapan
diri menjadi pembuat keputusan yang cemerlang dan agen penyelesai masalah yang
disegani.
3.5
Memahami dan
menyelami 20-30 kaedah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan
teori, praktikal dan apa yang tersurat dan tersirat.
3.6
Mengambil ibrah dan
pengajaran daripada kaedah-kaedah yang diperkenalkan.
3.7
Menghayati hakikat
keputusan yang baik berdasarkan kehebatan kerja pasukan dan bukan kerja individu.
No comments:
Post a Comment