Friday, 27 May 2016

Strategi jihad bisness tan sri Ali Hashim siri 11 hingga 15

daripada Page Facebook : https://www.facebook.com/fakiihsolutions/?fref=nf

Strategi jihad bisness tan sri Ali Hashim siri ke 11
Reformasikan Bisness dan Korporat
1. Kerajaan Islam seluruh dunia harus malah wajib mereformasikan ekonomi sebenar dan bukan hanya tertumpu kepada perkembangan sektorbperbankan dan kewangan.
2. Ekonomi sebenar lebih mengutamakan usaha pengeluaran dan perkhidmatan menjana kekayaan atau wealth creation hasil aktiviti dinamis dan kreativiti bisness.
3. Meletakkan membangunkan ekonomi kekayaan bersandarkan kepada maqaid syariah.
4. Sistem ekonomi Islam memberi fokus membangunkan kegunaan sumber dan tenaga Umat islam merangsangkan barisan usahawan entrepreneur yang mampu menyusun organisasi bisness dan korporat dengan lebih efisien dan produktif sehingga dapat memperkasakan daya saing ekonomi negara di pasaran lokal dan antarabangsa.
5. Entrepreneur Muslim juga adalah khalifah yang menguruskan harta kekayaan atasdasar amanah bertujuan memakmurkan bumi dan menyejahterakan kehidupan.
6. Antara strateginya ialah memdefinisikansemula konsep usahawan entrepreneur dan diikuti mencorak semula arkitektur organisasi korporat. Antaranya ialah mengkaji dan membangunkan semula kaedah institusi islamik seperti institusi wakaf warisan islam melalui penubuhan waqaf korporat.
‪#‎mindafakiih‬
‪#‎StrategiIdeaMapping‬
‪#‎StrategiMindaSolusi‬
‪#‎PersonalitiUnggul‬
‪#‎10BakatDiri‬

 Image result for jihad bisnes

Strategi jihad bisness tan sri Ali Hashim siri ke 12
ZUHUD TERAS JIHAD BISNESS
Q. Bagaimanakah usaha bisness dan pemburuan harta kekayaan dapat disempurnakan tanpa merosakkan dan mengkompromi iman dan akidah?
2. Bagaimana memobilisasi sumber dan keupayaan organisasi mengikut kaedah bisness selaras dgn maqasid syariah sekaligus menyempurnakan ibadat dan amal soleh?
Jawapan yang boleh difikirkan ialah
1. Zuhud kan matlamat bisness dan korporat melayu muslim.
2. Juruskan pencarian harta kekayaan ke jalan jihad iaitu menjadikan usaha bisness satu jihad fi sabilillah.
3. Berjihad dan berzuhud bisness bererti mengetepikan kepentingan diri dan mengasaskan motivasi menghimpunkan harta kekayaan untuk memakmurkan kehidupan di muka bumi dan mempertahankan Islam menegakkan kalimah Allah.
‪#‎mindafakiih‬
‪#‎StrategiIdeaMapping‬
‪#‎StrategiMindaSolusi‬
‪#‎SKRUEmosi‬


Image result for jihad bisnes
Strategi jihad bisness tan sri Ali Hashim siri ke 13
1. Kepentingan bangsa Melayu mengintegrasikan sepenuhnya bisness dalam kehidupan individu dan masyarakat dan membudayakan zuhud dalam berbisness.
2. Kelemahan menjana harta akan meminggirkan bangsa melayu muslim drpd arus perdana dan bergantung hidup pada bangsa lain yang bukan islam serta meletakkan diri dijajah, ditindas dan dizalimi malah akan membiarkan agama Islam dipandang rendah dan diperlekehkan.
3. Memperkasakan ekonomi dgn menghimpun harta kekayaan adalah satu kewajipan dan amanah besar buat umat Melayu Muslim.
4. Tapi sayangnya, masih ramai umat melayu muskim tidak suka berbisness malah ada bersikap antibisness terutama tersalah faham pandangan islam terhadap bisness.
‪#‎mindafakiih‬
‪#‎personalitiunggul‬
‪#‎10bakatdiri‬.




Strategi jihad bisness tan sri Ali Hashim siri ke 14
1. Umat islam wajib berniaga kerana mahu menjadi tangan di atas dan bukan tangan dibawah. Berniaga bererti menjana dan memperkasakan ekonomi ummah.
2. Ada 3 golongan umat melayu dalam memahami erti bisness. Ini berdasarkan persepsi, kefahaman dan sikap mereka terhadap bisness atau berniaga.
Pertama ialah mereka yang suka bisness atau pro bisnes. Mereka mencari rezeki yang halal menyara hidup diri dan keluarga. Mereka positif dlm budaya bisness. Melihat bisness adalah ibadah dan sunnah Rasulullah.
Sayangnya golongan ini masih lagi kecil bilangannya.
Kedua. Masih suka bisness dan pro bisness tapi sayangnya mereka berbisness tanpa had. Berbisness tak kira halal haram dan halam. Berbisness tanpa kira dosa pahala.
Mereka terperangkap dalam dunia materialistik, rakus dan nafsu nafsi. Kebiasaannya golongan ini sekongkolan kroni atau kaum kerabat bisness politik dan bersikap buas. Bahayanya, Golongan ini paling pesat berkembang di Malaysia apabila ramai ketagih harta kekayaan dan dikhayalkan kemewahan.
Ketiganya, mereka yg sangsi, ragu dan keliru dgn tujuan bisness, ada menjauhi bisness, ada benci bisness, ada menganggap org bisness adalah ahli neraka. Mereka anti bisness keran apa? Mereka melihat kpd golongan ke dua di atas yang rakus pada harta tanpa erti pahala dan dosa . mereka pengaruhi persepsi masyarakat.
Golongan kedua dan ketiga paling ramai dikalangan bangsa melayu.
Bangsa Melayu berada pada konsep kaya segan tapi miskin tidak mahu.
‪#‎mindafakiih‬
‪#‎StrategiIdeaMapping‬
‪#‎StrategiMindaSolusi‬
‪#‎PersonalitiUnggul‬
‪#‎10BakatDiri‬



Strategi jihad bisness tan sri Ali Hashim siri ke 15
Apakah makna zuhud bisness yang sebenar?
Dr Yusuf Qardawi menyatakan dalam bukunya kemiskinan dan cara islam mengatasi nya...
Bahawa hadis hadis yang memuji zuhud iaitu menjauhikan diri drpd kehidupan dunia sama sekali tidak bermaksud memuji kemiskinan atau untuk hidup secara miskin.
Ini bermaksud untuk zuhud seseorang itu perlu memiliki kemewahan dunia dan mengambil keputusan untuk tidak hidup dalam kemewahan setelah mencapai nya dan memilih untuk sederhana dalam hidup atau meninggalkan kemewahan yang telah dapat dan dikecapi.
Kata Dr Yusuf Qardawi lagi, orang yang benar benar berzuhud ialah orang yang memiliki dunia tetapi dia telah meletakkan dunia itu di dalam genggamannya sahaja dan bukan dihatinya.
Jelas bahawa zuhud merangkumi rangsangan sikap sanggup berkorban kepentingan peribadi iaitu selflessness.
Ini membuktikan bahawa islam bukan anti bisness dan anti kekayaan dunia.
Ada hadis soheh riwayat tirmizi dan alhakim menyatakan bahawa "peniaga yang jujur dan amanah akan berada bersama para nabi, para siddiqqiin dan para syuhada".
Sesungguhnya bangsa melayu Muslim tiadak bebas merdeka dalam erti kata seluasnya selagi hidup miskin, bergantung kpd orang lain. Sekalipun kerajaan sendiri.
Dalam zaman pacuan ekonomi bisness atau business driven adalah mustahil untuk umat islam yang miskin dan terpinggir mampu menjadi umat terbaik. Kita perlu bangkit sebagai khalifah yg membina tamaddun membaiki dan memperbaiki kehidupan yang dirosakkan oleh tangan manusia yangbrakus dan nafsu nafsi ini.
‪#‎mindafakiih‬
‪#‎personalitiunggul‬
‪#‎10bakatdiri‬

No comments:

Post a Comment