PERKAITAN
TEORI PEMBANGUNAN GENERASI DAN HIKMAH DARIPADA PENGKELASAN GENERASI
oleh Encik Wan Mohd Allwee dan Dr Wan Adam
Timbul satu persoalan apakah perkaitan teori pembangunan
generasi dan apakah yang boleh kita pelajari dan mengambil
hikmah daripada pengkelasan ini?
Berpandukan tahun semasa iaitu 2015, kita boleh nyatakan
bahawa umur empat generasi yang dipilih adalah seperti berikut:
•Generasi
Baby Boomer
(1943-1966)
49 - 72 tahun
•Generasi X
(1967-1981)
34 - 48 tahun
•Generasi Y
(1982-2000) ada juga menyatakan gen Y ialah lahir dari tahun 1982 hingga 2005)
15-33 tahun
•Generasi Z
(2001 ke atas) ada menyatakan dari tahun 2005 ke atas
Bawah 15 tahun
=========================
Berdasarkan takrifan belia di Malaysia mengikut Dasar
Pembangunan Belia Nasional antara 15
hingga 40 tahun. Maka kita boleh menyatakan bahawa sebahagian besar Generasi X
dan keseluruhan Generasi Y di Malaysia berada dalam kategori generasi muda belia.
Mari kita menyelami kriteria dan ciri-ciri yang ada pada
Generasi X dan Generasi Y secara umum dan secara khusus untuk membantu kita
memahami daya mereka berfikir, bertindak, melahirkan kehendak, meletakkan nilai
dan prioriti kehidupan. Ini juga nanti akan membantu kita untuk menyediakan
strategi latihan dan pembangunan serta pemerkasaan belia di masa hadapan. Di samping
dapat mengurangkan proses penolakan daripada mereka. Untuk memahamkan kita
perbezaan gaya berfikir dan bertindak Generasi X dan Y, kita juga perlu
memahami kriteria Generasi Baby Boomer.
Antara ciri-ciri umum ketiga-tiga generasi ini adalah
seperti berikut:
GENERASI Y
(Umur:
15 – 33 Tahun)
|
·
Meminati
perkara yang lebih kepada getaran emosi walaupun tidak banyak logik.
·
Hidup
tanpa sempadan.
·
Suka
aktiviti dan tayang multimedia.
·
Kehidupan
pertama adalah keluarga dan rakan. Kehidupan kedua adalah kerjaya.
·
Suka
berhubungan dan bernetworking.
·
Rakan
sekerja dan orang disekeliling bukan pesaing.
·
Mengganggap
rakan sebahagian daripada ahlli keluarga.
·
Mahu
dikenali, dihargai dan menjadi popular.
·
Bekerja
adalah tempat untuk bersosial dan mencari ilham dan bukan tempat untuk serius
mencari duit.
·
Meminati
dunia kerjaya bebas dan kerjaya alam maya yang tidak memerlukan komitment
tinggi.
·
Suka
kreativiti yang tiada struktur dan bebas.
·
Meminati
dunia IT dan suka menerokai ilmu, aplikasi dan pengalaman baru.
|
GENERASI X
(Umur : 34 – 48 Tahun)
|
·
Suka
perkara yang praktikal dan pragmatik.
·
Mudah
skeptikal.
·
Suka
tidak dikongkong.
·
Suka
pada maklumbalas.
·
Kehidupan
pertama adalah keluarga, kehidupan kedua adalah kerjaya.
·
Rakan
sekerja atau individu disekeliling adalah pesaing.
·
Menganggap
rakan adalah hanya rakan dan bukan
sebagai ahli keluarga.
·
Bijak
mengambil kesempatan dan peluang.
·
Ingin
perhatian dan penghargaan.
·
Berprestasi
tinggi dan mempunyai komitmen tinggi dalam lapangan yang diceburi.
·
Sukakan
peningkatan jawatan dalam kerjaya.
·
Suka
kepada perkara yang berbentuk kreatif dan struktur baru.
·
Meminati
dunia IT pada asasnya.
|
GENERASI
BABY BOOMER
(Umur: 48-72 Tahun)
|
·
Suka
perkara berfakta yang boleh dibuktikan.
·
Bersikap
optimis pada sesiapa sahaja dan peluang yang ada.
·
Suka
memberi maklumbalas dan sukar menerima teguran terutama daripada golongan
yang lebih muda.
·
Kehidupan
pertama adalah kerjaya, kehidupan kedua adalah keluarga.
·
Sanggup
bekerja keras dengan penuh disiplin dan komitmen tinggi.
·
Setia
pada syarikat dan organisasi yang ceburi. Sanggup bekerja sampai pencen.
Sanggup memegang jawatan NGO sampai mati.
·
Hidup
secara survival adalah lumrah kehidupan.
·
Suka
bersaing dan suka juga pada membina perhubungan.
·
Suka
pada penghargaan terutama berkaitan cuti panjang secara berbayar.
·
Kebanyakannya
takut untuk berkongsi ilmu dan tidak mahu melukakan sesiapa.
·
Tidak
biasa dengan peralatan dan sistem yang berkaitan teknologi.
|
Daripada ciri-ciri dan kriteria umum di atas, kita akan
memahami bahawa terdapat jurang yang berbeza antara 3 generasi dari sudut
pandangan pada kehidupan dan nilai perjuangan.
Kita akan lebih melihat perbezaan ketara antara Generasi
Baby Boomer (Gen-BB), Generasi X (Gen-X) dan Generasi Y (Gen-Y) dari sudut
memahami perkara-perkara berikut :-
·
nilai
kehidupan,
·
perspektif
kehidupan,
·
pola
berfikir dan
·
gaya
meletakkan prioriti kehidupan harian.